Sunday 16 December 2012

Gas Metana Planet uranus






Uranus sukakan sedikit perbezaan. Ia menunjukkan jerebu biru/hijau yang indah disebabkan oleh tahap tinggi gas metana dan berguling seperti sebuah tong. Oleh sebab Uranus mengambil masa 84 tahun untuk mengelilingi matahari, ini bermakna setiap  kutubnya berada selama 42 tahun siang dan 42 tahun malam berikutnya.

pluto planet paling kecil







Pluto merupakan planet yang paling kecil dan paling jauh daripada sistem suria kita, kini ia tidak diiktirafkan secara rasmi sebagai planet! Pada tahun 2006 ia diturunkan kepada status planet kerdil. Oleh sebab is sangat jauh daripada matahari, ia sangat sejuk dengan suhu antara -235 Darjah Selsius hingga -210 Darjah Selsius.

Friday 14 December 2012

Sel Darah Merah


Sel darah merah (atau juga dikenali sebagai eritrosit atau hematid) merupakan sel darah paling umum dalam vertebrat. Sel ini berfungsi membawa oksigen dari paru-paru atau insang untuk dihantar ke seluruh badan.
Sitoplasma sel daraha merah kaya dengan kandungan hemoglobin, dimana setiap hemoglobin mengandungi jisim zat besi- yang mengandungi biomelekul yang boleh bergabung dengan oksigen sekaligus membawa oksigen ke seluruh badan. Keaktifan besi juga dapat menyebabkan sel darah merah berwarna merah pekat. Sel darah merah dihasilkan di limpa atau kura, hati dan sumsum merah pada tulang pipih. Sel darah merah yang sudah mati dihancurkan di dalam hati


Wednesday 5 December 2012

Struktur Hidup Terbesar


Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar.  Ia berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia. Dikenali dengan nama Great Barrier Reef. Merupakan terumbu karang terbesar di dunia yang mengandungi lebih 2,900 batu karang dan sekitar 900 pulau yang luas terbentang sepanjang 2,600 km dengan luas permukaan sekitar 344,400 km. 



 Terumbu ini terletak di Laut Karang di persisir Queensland, timur laut Australia.


Terumbu ini boleh dilihat dari angkasa lepas dan merupakan struktur terbesar di dunia yang diperbuat daripada organisma hidupan. Strukturnya terdiri daripada berbilion-bilion organisma kecil, yang dikenali sebagai polip karang. Terumbu Sawar Besar ini menjadi habitat pelbagai hidupan dan telah dipilih menjadi  Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981. CNN telah melabelkannya sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban semula jadi dunia. Queensland National Trust telah menamakannya sebagai ikon negeri Queensland.
Sebahagian besar terumbu ini dilindungi oleh Taman Laut Terumbu Sawar Besar, yang membantu mengurangkan impak akibat kegunaan manusia seperti penangkapan ikan berlebihan dan pelancongan. Tekanan lain ke atas terumbu ini dan ekosistemnya termasuklah kualiti aliran air masuk, perubahan iklim yang diikuti dengan pemutihan karang secara besar-besaran dan kemunculan berkala tapak sulaiman berduri.


Saturday 1 December 2012

Piramid Makanan



Kanak-kanak memerlukan pemakanan yang seimbang untuk membantu tumbesaran mereka. Oleh yang demikian, dengan adanya piramid makanan ini dapat membantu ibu bapa membekalkan nutrisi yang sepatutnya bagi memastikan anak mereka membesar dengan sempurna. 

Mari kita lihat slide show berkaitan pemakanan kanak-kanak.

Thursday 22 November 2012

Fenoma Pasang Surut Air Laut





Secara saintifik, fenomena air pasang surut berlaku hampir tiap-tiap hari. Ia terhasil dari pergerakan bulan, bumi dan matahari. Apabila kedudukan bulan dihadapan bumi, maka berlakulah air pasang. Secara umumnya, situasi ini berlaku pada waktu malam. Sebab itu lah, pergerakan air atau ombak kelihatan lebih besar pada waktu malam. Pergerakan bulan juga menyebabkan graviti lebih kuat terhasil lantas menarik air lebih tinggi. Difahamkan, isi tanah juga tertarik dek graviti ini, namun disebabkan tanah bersifat padat, ia tidak begitu ketara sebagaimana air laut.



Jika kawasan laut di bumi berhadapan bulan akan mengalami air pasang, begitu juga air surut berlaku di kawasan yang bertentangan. Konsep yang jelas dan mudah. Sekiranya kedudukan bumi, bulan dan matahari sejajar, akan terjadi air pasang besar. Air pasang besar pula mampu menjadikan paras air laut meningkat lebih dari paras air pasang biasa. Jadi, berhati-hati apabila hampir tiba fenomena air pasang besar.

Pernah tak anda dengar tak lagu ni? Jom kita nyanyi sama-sama.

"air pasang dalam, surut pukul lima. 
nyonya bangun pagi , 
siram pokok bunga.
pokok bunga melur, 
tanam tepi kolam, 
itik bertelur ayam mengeram, 
itik bertelur ayam mengeram"

Tuesday 13 November 2012

Eksperimen Sains


Jom kita tengok budak-budak di Indonesia ni buat eksperimen.

Kejadian angin :

Membuat play doh :


Membuat awan :

Thursday 1 November 2012

Letusan Gunung Berapi

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk memahami bumi dan alam sekitar kita. Selain itu, negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif. Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.



Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai. 


Kitaran hayat gunung  berapi




Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif,menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada ia dalam tempoh pendam atau telah mati.

Kitaran letusan gunung berapi.

Gunung berapi mampu menyebabkan banyak kerosakan harta benda apabila ia meletus. Bagaimanapun, secara amnya tanah di sekitar gunung berapi menjadi amat subur dan sesuai untuk tanaman Oleh itu, ramai manusia yang menyambung nyawa untuk menetap berhampiran dengan gunung berapi untuk mengusahakan tanaman bagi menyara hidup mereka. Oleh itu amatlah penting bagi manusia untuk cuba menjangkakan bila gunung berapi akan meletus.

Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus pelbagai jenis batu dan debu dihasilkan yang dikenali dengan pelbagai nama, antaranya adalah gas, abu, lapilli dan bom. Lapilli adalah bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameter antara 4-32 mm. Manakala bom pula adalah pepejal yang lebih kasar daripada 32mm. 

  

Jenis dan ciri-ciri gunung berapi.


Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenis gunung berapi adalah seperti berikut :-

Bentuk mukabumi oleh gunung berapi.




Apabila magma disejukkan dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam.  Bentuk muka bumi jalar dalam akan kelihatan apabila pergerakan air dan perubahan iklim telah menghakis dan mendedahkan nya pada permukaan bumi. Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam adalah :- 

  • Sil
  • Daik
  • Batolitos
  • Lakolitos
  • Lapolitos
  • Paklitos

Sil


Sil adalah batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis. Sil mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai. Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di Northumberland, England. 

Daik


Merupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan rataan lapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung atau permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam sungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan Cheng Chau di Hong Kong. 

Batolitos


Adalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, Dartmoor Dome di England dan Gunung Ledang di Semenanjung Malaysia. 

Lakolitos


Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara Amerika Syarikat. 

Lapolitos


Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di Transvaal Afrika Selatan. 

Paklitos


Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut. Contohnya, Bukit Corndon di England. 
  

Cara menentukan bila gunung berapi akan meletus.


Pada masa sekarang, disebabkan peningkatan jumlah penduduk, dan oleh sebab faktor ekonomi yang lain, semakin ramai manusia yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi. Malah sesetengah gunung berapi telah menjadi tarikan pelancung yang mendaki gunung berapi itu untuk melawat kawah gunung berapi. Disebabkan itu, adalah penting untuk pakar sains menjangkakan bila sesebuah gunung berapi itu akan meletus. Ini agar mereka dapat memberikan amaran awal, dengan itu dapat mengelakkan kehilangan jiwa yang besar. Terdapat beberapa cara bagi pakar sains untuk menjangkakan bila sesebuah gunung berapi akan meletus yang secara kasarnya dibahagi secara geofizikal dan secara kimia. 

Kemusnahan oleh gunung berapi


Sesebuah gunung berapi itu mampu mendatangkan kemusnahan bukan sahaja pada kawasan sekitarnya, tetapi juga kepada kawasan yang terletak beribu-ribu kilometer darinya. Antara kemusnahan yang mampu dilakukan oleh sesebuah gunung berapi adalah melalui cara berikut :- 

Faedah dari gunung berapi


Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan faedah kepada penduduk dengan cara berikut :-


Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik.

Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mata air panas juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun.

Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr (kawah gunung berapi) yang amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong.

Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagai contoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma, dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.

Sumber : http://www.oocities.org/semua_hal/FaktaGunungBerapi.htm

Monday 29 October 2012

Jom Kenali Belut Elektrik


Belut eletrik ini merupakan bukti betapa hebatnya ciptaan Allah Yang Maha Pencipta. Belut elektrik pernah direkodkan dapat menumbangkan seekor kuda dewasa. Belut ini boleh mengeluarkan kejutan eletrik sekurang-kurangnya 600 volts untuk perlindungan diri dan pemburuan. Habitat belut ini ialah di Sungai amazon dan Orinoco Basins, amerika Syarikat


Macam ni rupanya badan belut ni ye...

Masya-Allah. Hebatnya ciptaan Allah. Belut yang sekecil ini dapat menyimpan tenaga yang sebegitu besar tanpa mencederakan dirinya.



Tengok video nie. Walaupun tak faham apa yang orang nie cakap, tapi boleh nampak buaya tu kejang bila terkam belut elektrik ni. Selamat menonton

Tuesday 23 October 2012

Perbandingan Bumi dan Matahari


Matahari adalah 300000 kali lebih besar daripada bumi.

Diameter :
Bumi = 12756 km
Matahari = 1377648 km


Nisbah diameter bumi : matahari ialah 1 : 108

Thursday 11 October 2012

Ampai-ampai Gergasi

Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36 meter panjang.





Masya-Allah besarnya..... Kalau kena sengat macamanalah agaknya ye?

Wednesday 3 October 2012

Mamalia Terbesar


Paus Biru (Balaenoptera musculus) adalah mamalia laut yang menyertai subordo Paus Balin. Panjangnya mencapai lebih dari 33 meter dan massa 181 ton metrik atau lebih, hal ini dipercaya menjadi hewan terbesar yang dimiliki sepanjang hidup meskipun beberapa penemuan dinosaurus secara terpisah seperti Amphicoelias fragillimus kolosal mungkin tantangan kepercayaan yang bertahan lama.
Panjang dan langsing, tubuh Paus Biru dapat bervariasi keteduhan kelabu kebiruannya.mAda sedikitnya tiga perbedaan subspesies: B. m. musculus Atlantik utara dan Pasifik utara, B. m. intermedia, Samudra selatan dan B. m. brevicauda (juga dikenal sebagai Paus Biru Kerdil) ditemukan di Samudra Hindia dan Samudra Pasifik Selatan. B. m. indica ditemukan di Samudra Hindia, mungkin menjadi subspesies lain. Seperti dengan paus balin lain, pola makannya berisi secara pokok crustacea kecil yang dikenal sebagai krill, yang sama baiknya dengan ikan kecil dan cumi-cumi.

Paus Biru sangat berlimpah di hampir seluruh samudra hingga memasuki abad 20. Selama lebih dari 40 tahun paus-paus tersebut diburu sampai mendekati kepunahan dengan adanya perburuan paus hingga dilindungi oleh komunitas internasional pada tahun 1966. Sebuah laporan tahun 2002 memperkirakan ada 5.000 sampai 12.000 Paus Biru di seluruh dunia[5] yang lokasinya terbagi dalam sedikitnya lima kelompok. Kebanyakan riset saat ini memberi perhatian terhadap subspesies Kerdil yang mungkin dibawah perkiraan.[6] Sebelum perburuan paus, populasi terbesar berada di Antartika, dengan jumlah diperkirakan 239.000 (mencapai 202.000 hingga 311.000).[7] Sisanya yang hanya sebagian kecil (sekitar 2.000) mengkonsentrasikan di setiap kelompok Pasifik timur laut, Antartika, dan Samudra Hindia. Ada dua lebih kelompok di Samudra Atlantik utara dan sedikitnya dua di Belahan Selatan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes