Thursday, 1 November 2012

Letusan Gunung Berapi

Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk memahami bumi dan alam sekitar kita. Selain itu, negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif. Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.



Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai. 


Kitaran hayat gunung  berapi




Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif,menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada ia dalam tempoh pendam atau telah mati.

Kitaran letusan gunung berapi.

Gunung berapi mampu menyebabkan banyak kerosakan harta benda apabila ia meletus. Bagaimanapun, secara amnya tanah di sekitar gunung berapi menjadi amat subur dan sesuai untuk tanaman Oleh itu, ramai manusia yang menyambung nyawa untuk menetap berhampiran dengan gunung berapi untuk mengusahakan tanaman bagi menyara hidup mereka. Oleh itu amatlah penting bagi manusia untuk cuba menjangkakan bila gunung berapi akan meletus.

Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus pelbagai jenis batu dan debu dihasilkan yang dikenali dengan pelbagai nama, antaranya adalah gas, abu, lapilli dan bom. Lapilli adalah bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameter antara 4-32 mm. Manakala bom pula adalah pepejal yang lebih kasar daripada 32mm. 

  

Jenis dan ciri-ciri gunung berapi.


Gunung berapi dibahagikan kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis dan kelikatan magma yang membentuk gunung berapi itu. Antara jenis-jenis gunung berapi adalah seperti berikut :-

Bentuk mukabumi oleh gunung berapi.




Apabila magma disejukkan dalam bumi sebelum dikeluarkan, magma ini akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi yang dikenali sebagai bentuk muka bumi jalar dalam.  Bentuk muka bumi jalar dalam akan kelihatan apabila pergerakan air dan perubahan iklim telah menghakis dan mendedahkan nya pada permukaan bumi. Antara jenis-jenis bentuk muka bumi jalar dalam adalah :- 

  • Sil
  • Daik
  • Batolitos
  • Lakolitos
  • Lapolitos
  • Paklitos

Sil


Sil adalah batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis. Sil mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai. Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di Northumberland, England. 

Daik


Merupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan rataan lapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung atau permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam sungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan Cheng Chau di Hong Kong. 

Batolitos


Adalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, Dartmoor Dome di England dan Gunung Ledang di Semenanjung Malaysia. 

Lakolitos


Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara Amerika Syarikat. 

Lapolitos


Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di Transvaal Afrika Selatan. 

Paklitos


Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut. Contohnya, Bukit Corndon di England. 
  

Cara menentukan bila gunung berapi akan meletus.


Pada masa sekarang, disebabkan peningkatan jumlah penduduk, dan oleh sebab faktor ekonomi yang lain, semakin ramai manusia yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi. Malah sesetengah gunung berapi telah menjadi tarikan pelancung yang mendaki gunung berapi itu untuk melawat kawah gunung berapi. Disebabkan itu, adalah penting untuk pakar sains menjangkakan bila sesebuah gunung berapi itu akan meletus. Ini agar mereka dapat memberikan amaran awal, dengan itu dapat mengelakkan kehilangan jiwa yang besar. Terdapat beberapa cara bagi pakar sains untuk menjangkakan bila sesebuah gunung berapi akan meletus yang secara kasarnya dibahagi secara geofizikal dan secara kimia. 

Kemusnahan oleh gunung berapi


Sesebuah gunung berapi itu mampu mendatangkan kemusnahan bukan sahaja pada kawasan sekitarnya, tetapi juga kepada kawasan yang terletak beribu-ribu kilometer darinya. Antara kemusnahan yang mampu dilakukan oleh sesebuah gunung berapi adalah melalui cara berikut :- 

Faedah dari gunung berapi


Sesebuah gunung berapi bukan sahaja membawa kemusnahan, tetapi juga mampu memberikan faedah kepada penduduk sekitarnya selepas bahaya letupan gunung berapi telahpun berakhir. Sesebuah gunung berapi mampu memberikan faedah kepada penduduk dengan cara berikut :-


Tanih yang terbentuk daripada letusan gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian. Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal. Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik.

Mata air panas juga dipercayai boleh mengubati penyakit kulit. Mata air panas juga juga menjadi tarikan kepeda pelancong. Mata air panas dan geiser banyak terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa-Indonesia dan Jepun.

Aktiviti gunung berapi membentuk genahaqr (kawah gunung berapi) yang amat besar. Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas. Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong.

Gunung berapi bawah laut dan di pinggir laut juga mampu membentuk tanah baru hasil magma yang keluar dari perut bumi dan masuk kelaut. Sebagai contoh, kepulauan Hawai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma, dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.

Sumber : http://www.oocities.org/semua_hal/FaktaGunungBerapi.htm

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes