Thursday, 27 September 2012

Wednesday, 26 September 2012

Maping technique..




Sunday, 23 September 2012

Otak Manusia


Anatomi dan Fungsi Otak Manusia

Otak mengendalikan semua fungsi tubuh kita. Otak merupakan pusat dari keseluruhan tubuh. Jika otak sihat, maka tubuh dan mental kita akan turut sihat. Seandainya jantung atau paru-paru berhenti bekerja selama beberapa minit, kita masih bertahan untuk hidup. Namun jika otak berhenti bekerja selama satu detik saja, maka tubuh akan mati. Itulah sebabnya mengapa otak disebut sebagai organ yang paling penting dalam sistem badan manusia.

Selain paling penting, otak juga merupakan organ yang paling rumit. Membahas tentang anatomi dan fungsi otak secara keseluruhan mengambil masa berhari-hari. Oleh itu disini kita akan membincangkan anatomi dan fungsi otak secara kasar bagi memberi kefahaman tentang bahagian-bahagian dan fungsi otak.



Seperti pada gambar di atas, otak dibahagi kepada empat bahagian, iaitu:
  1. Cerebrum (Otak Besar)
  2. Cerebellum (Otak Kecil)
  3. Brainstem (Batang Otak)
  4. Limbic System (Sistem Limbik)

1. Cerebrum (Otak Besar)

Cerebrum adalah bahagian terbesar otak manusia yang juga disebut dengan nama Cerebral Cortex, Forebrain atau Otak Depan. Cerebrum merupakan bahagian otak yang membezakan manusia dengan binatang. Cerebrum membuat manusia memiliki kemampuan berfikir, menganalisa, logika, bahasa, kesadaran, perencanaan, memori dan kemampuan visual. Kecerdasan intelektual atau IQ juga ditentukan oleh kualiti bahagian ini.

Cerebrum terbahagi kepada 4 (empat) bahagian yang disebut Lobus. Bahagian lobus yang menonjol disebut gyrus dan bahagian lekukan yang menyerupai parit disebut sulcus. Keempat Lobus tersebut masing-masing adalah: Lobus Frontal, Lobus Parietal, Lobus Occipital dan Lobus Temporal.
  • Lobus Frontal merupakan bahagian lobus yang paling depan. Lobus ini berhubungan dengan kemampuan membuat alasan, kemampuan gerak, kognisi, perencanaan, penyelesaian masalah, memberi penilaian, kreativiti, kawalan perasaan, kawalan perilaku seksual dan kemampuan bahasa secara umum.
  • Lobus Parietal berada di tengah, berhubungan dengan proses sensor perasaan seperti tekanan, sentuhan dan rasa sakit.
  • Lobus Temporal berada di bahagian bawah berhubungan dengan kemampuan pendengaran, pemaknaan informasi dan bahasa dalam bentuk suara.
  • Lobus Occipital ada di bahagian paling belakang, berhubungan dengan rangsangan visual yang memungkinkan manusia melakukan interpretasi terhadap objek yang ditangkap oleh retina mata.
Apabila diuraikan lebih detail, setiap lobus masih boleh dibahagi menjadi beberapa kawasan dengan fungsi masing-masing, seperti terlihat pada gambar di bawah ini.


Selain dibahagi menjadi 4 lobus, cerebrum (otak besar) juga boleh dibahagi menjadi dua belahan, iaitu belahan otak kanan dan belahan otak kiri. Kedua belahan itu dihubung oleh saraf di bahagian bawahnya. Secara umum, belahan otak kanan mengawal sisi kiri tubuh, dan belahan otak kiri mengawal sisi kanan tubuh. Otak kanan terlibat dalam kreativiti dan kemampuan artistik. Sedangkan otak kiri untuk logik dan berpikir rasional. 


2. Cerebellum (Otak Kecil)

Otak Kecil atau Cerebellum terletak di bahagian belakang kepala, dekat dengan ujung leher bahagian atas. Cerebellum mengawal banyak fungsi automatik otak, seperti: mengatur sikap atau posisi tubuh, mengawal keseimbangan, koordinasi otot dan gerakan tubuh. Otak Kecil juga menyimpan dan melaksanakan serangkaian gerakan automatik yang dipelajari seperti gerakan memandu kenderaan, gerakan tangan saat menulis, gerakan mengunci pintu dan sebagainya.

Jika berlaku kecederaan pada otak kecil, akan mengakibatkan gangguan pada sikap dan koordinasi gerak otot. Gerakan menjadi tidak terkoordinasi, misalnya orang tersebut tidak mampu memasukkan makanan ke dalam mulutnya atau tidak mampu mengancingkan baju.


3. Brainstem (Batang Otak)

Batang otak (brainstem) berada di dalam tulang tengkorak atau rongga kepala bahagian dasar dan memanjang sampai ke tulang punggung atau sumsum tulang belakang. Bahagian otak ini mengatur fungsi dasar manusia termasuk pernafasan, denyut jantung, mengatur suhu tubuh, mengatur proses pencernaan, dan merupakan sumber 'instinct' manusia iaitu fight or flight (lawan atau lari) saat datangnya bahaya.

Batang otak juga terdapat pada haiwan seperti keldai dan buaya. Oleh karena itu, batang otak sering juga disebut dengan otak reptil. Otak reptil mengatur “perasaan teritorial” sebagai instinct primitif. Contohnya kita akan merasa tidak tenteram atau terancam ketika orang yang tidak dikenali terlalu dekat dengan kita.

Batang Otak terdiri daripada tiga bahagian, iaitu:
  • Mesencephalon atau Otak Tengah (disebut juga Mid Brain) adalah bahagian teratas dari batang otak yang menghubungkan Otak Besar dan Otak Kecil. Otak tengah berfungsi dalam hal mengawal respon penglihatan, gerakan mata, pembesaran pupil mata, mengatur gerakan tubuh dan pendengaran.
  • Medulla oblongata adalah titik awal saraf tulang belakang dari sebelah kiri badan menuju bahagian kanan badan, begitu juga sebaliknya. Medulla mengawal fungsi automatik otak, seperti degupan jantung, pengaliran darah, pernafasan, dan pencernaan.
  • Pons merupakan stesen pemancar yang mengirimkan data ke pusat otak bersama dengan informasi reticular. Pons yang menentukan apakah kita terjaga atau tertidur.
Catatan: Terdapat golongan tertentu menyatakan bahwa Otak Tengah berhubungan dengan kemampuan supernatural seperti melihat dengan mata tertutup. Kenyataan ini ditentang oleh para ilmuwan dan para doktor saraf kerana tiada bukti sahih. 


4. Limbic System (Sistem Limbik)

Sistem limbik terletak di bahagian tengah otak, menutupi batang otak. Limbik berasal dari bahasa latin yang bererti kerah. Komponen limbik yang lain ialah hipotalamus, thalamus, amigdala, hipocampus dan korteks limbik. Sistem limbik berfungsi menghasilkan perasaan, mengatur produksi hormon, memelihara homeostasis, rasa haus, rasa lapar, dorongan seks, pusat rasa senang, metabolisme dan juga memori jangka panjang.

Bagian terpenting dari Limbik Sistem adalah Hipotalamus yang salah satu fungsinya adalah bahagian memutuskan mana yang perlu mendapat perhatian dan mana yang tidak. Misalnya kita lebih memerhatikan anak kita sendiri dibanding dengan anak orang yang tidak dikenali. Mengapa? Kerana kita mempunyai hubungan emosional yang kuat dengan anak kita. Begitu juga, ketika kita membenci seseorang, kita sering memerhatikannya atau mengingatinya. Hal ini terjadi karena kita mempunyai hubungan emosional dengan orang yang dibenci.

Sistem limbik menyimpan banyak informasi yang tak tersentuh oleh indera. Dialah yang lazim disebut sebagai otak emosi atau tempat bersemayamnya rasa cinta dan kejujuran. Carl Gustav Jung menyebutnya sebagai "Alam Bawah Sadar" atau ketidaksedaran kolektif, yang diwujudkan dalam perilaku baik seperti menolong orang. LeDoux mengistilahkan sistem limbik ini sebagai tempat duduk bagi semua nafsu manusia, tempat bermuaranya cinta, penghargaan dan kejujuran.


Thursday, 20 September 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

Wednesday, 19 September 2012



Has Yanti binti Mustaffa Johari
D20112054978
hasyantimj@yahoo.com.my
hasyantimj@gmail.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes